Prosess 2 -- Persediaan
Asas
- "Layer" yang
baru dibuat tadi : "Layer 1", kemudiannya akan dipenuh("fill")kan
dengan dengan warna latar belakang dengan menggunakan "Gradient Tool".
Untuk ini pilihlah warna latar belakang yang sesuai dan penuhkanlah "layer"
tadi dengan "Gradient" tersebut. Pada tahap ini sumber cahaya sudah
boleh didefinisikan pada karya anda. Di sini, dua sumber cahaya telah digunakan
: satu cahaya dari kanan atas dan satu lagi dari kiri bawah.
Proses ini akan membantu didalam proses memasukkan "Highlight" dan
"Shadow" pada karya anda nanti. Dengan ini juga kanvas putih dapat
dihilangkan kerana kanvas putih kurang memberi kita idea untuk memikirkan
tentang warna, mood, dan sebagainya
Untuk mendapatkan sumber cahaya pertama, warna cahaya dipilih pada "foreground"
dan warna hitam pada "background". Dengan "setting" "Gradient"
"Foreground To Background", "layer" ini dipenuhkan dengan
"gradient". Untuk Mendapatkan sumber cahaya kedua, warna cahaya
dipilih pada "Foreground" dan dengan "setting" "Gradient"
"Foreground To Transparent", "gradient" dimasukkan ke
dalam "layer" tadi pada tempat yang sesuai. Untuk sumber cahaya
seterusnya, ianya bolehlah dibuat dengan "setting" "Gradient
"Foreground To Transparent" seperti tadi. Tetapi Fikirkan dahulu
logik pencahayan yang akan dibuat pada karya anda nanti. Sesetengah "line
art" sudah mempunyai difinisi sumber cahaya yang jelas, oleh itu pencahayan
terpaksa dibuat mengikut pencahayaan yang terdapat pada "line art"
tersebut.
Tip: Tekan kekunci "Alt" dan pilih warna pada "Swatches"
untuk melilih warna "Background"
Selain dari menggunakan "Gradient Tool", "filter" "Lihgthing
Effects" [Filters -> Render -> Lighting Effects] juga boleh digunakan
untuk mendifinasikan sumber cahaya pada karya. Untuk cara ini , "layer"
perlu penuhkan dengan warna cahaya dengan menggunakan "Paint Bucket".
Kemudian kenakan "filter" "Lighthing Effects" pada "layer"
tersebut. Gunakan kreativi untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai.
Tip: Alternatif kepada "Paint Bucket" anda boleh menggunakan
kekunci "Alt+Backspace" untuk memenuhkan layer dengan warna
Contoh variasi pencahayaan :
- Seterusnya, buat lagi
satu "layer" dan letakkan "layer" tersebut di antara "layer"
"line art" dan "layer" latar belakang tadi("Layer
1"). Kemudian pada "layer" ini, penuhkan bahagian dalam "line
art" dengan warna.
Terdapat dua cara untuk mencapai matlamat terserbut :
a. Dengan menggunakan "Paintbrush" serta "setting" "Opacity"
: 100% dan semua "Brush Dynamics" "Off".
Tip: Gunakan "Paintbrush" bersaiz besar untuk memenuhi
"line art". Jangan terlalu risau jika warna melimpah keluar dari
"line art" tersebut. Penuhkan dahulu kesemua "line art"
tersebut dengan warna. Kemudian gunakan "Eraser Tool" untuk membuang
warna yang terlebih. Gunakan "Eraser Tool" jenis "Paintburush"
dan gunakan kekunci "[" dan "]" untuk mengawal saiz "brush".
Gunakan "Eraser Tool" yang bersaiz kecil untuk tempatē yang sempit
dan yang besar untuk sebaliknya.
b. Dengan menggunakan "Polygonal Lasso Tool". Dengan menggunakan
"Polygonal Lasso Tool", buat pilihan mengikut garisan luar "line
art" dan penuhkan ia dengan warna.
Inilah hasil prosess ini :
Nota: Jangan Lupa untuk sentiasa menyimpan ("Save") fail
anda.
|
[ Laman Utama ]
[ Prosess 1 ]
[ Prosess 2 ]
[ Prosess 3 ]
[ Prosess 4 ]
[ Prosess 5 ]
my gallery of Digital Painting and Digital Photography
Digital painting and photography gallery. Catan digital dan fotografi digital.
saripol akarumbi digital arts wacom tablet 300d canon powershot a80
saripol, akarumbi, saripol.akarumbi, catan digital, quickies, painting,
digital painting, digital art, art, art gallery, graphic tablet, graphic,
photography, eos 300D, powershot a80, fotografi digital, malaysian artist,
tutorial mewarna, coloring line art, comic, komik, malaysia, drawing, melukis,
mewarna, mengecat, photoshop, painter, artikel mengecat, painting articles,
tenik mewarna, teknik mengecat, coloring techniques, painting techniques,
teknik mengambil gambar, photography techniques, teknik fotografi