Prosess
3 -- Warna
- Pada tahap ini kita
akan mula mewarna linert ini. Sebelum memulakan kerjaČ mewarna, kita akan
"Lock transparent pixels" pada layer yang telah kita penuhkan dengan
warna pada bahagian dalam lineart tadi ("Layer 2"). Dengan ini kita
tidak lagi perlu risau warna melimpah keluar dari lineart. Pastikan anda "Untick"
"lock" tadi jika anda masih lagi mahu membetulkan warna yang tidak
memenuhi line art di dalam prosses tadi (Prosess 2, Langkah 2).
- Pada Tahap ini saiz
karya akan mula ditambah (Image -> Image Size) bagi memudahkan prosses
mewarna. Lagi besar saiz karya lagi mudah dan lagi banyak "detail"
yang dapat dimasukkan ke dalam karya. Kebiasannya resolusi akan dibesarkan
kepada kepada 300dpi dan lebar tidak kurang dari 3000 piksel. Panjangnya,
bergantung pada saiz karya (Akan ditentukan secara automatic oleh Photoshop
apabila pilihan "Constrain Proportions" di "tick"). Dengan
ini bahagianČ kecil dan bentukČ komplek akan dapat diwarna dengan mudah.
Sebesar mana saiz karya sebenarnya bergantung kepada kesesuaian dan kehendak
anda, tetapi formulanya: Lagi besar, lagi mudah dan lagi banyak "detail".
Tip ini telah banyak membawa perubahan pada cara karya saya dan pada juga
cara saya mewarna/mengecat.
- Warnakanlah
bahagianČ "lineart" tadi mengikut warnaČ yang sesuai seperti mana
kita memenuhkan bahagian dalam lineart tadi dengan warna; iaitu dengan Paintbrush
(kekunci "B") dan "Opacity" : 100% dan semua "Brush
Dynamics" "Off". Ataupun dengan teknik polygonal lasso (kekunci
"L"). Pemilihan warna pada tahap ini, kebiasaannya adalah dari warnaČ
"midtone" atau warnaČ tonal pertengahan.
Tip : Warnakanlah dahulu bahagianČ yang besar pada lineart tersebut
seperti pakaian, badan dan sebagainya dan jangan terlalu risau lagi dengan
bahagianČ kecil seperti, mata, bibir, peralatan atau aksesori kecil dan sebagainya.
Warnakan bahagian yang besar dahulu. Kemudian "Zoom Out" kan karya
tersebut agar ia kelihatan secara menyeluruh. Dengan ini kita boleh melihat
keseluruhan karya itu dan menilai kesesuaian antara satu warna dengan warna
yang lain. Ulangi langkah ini sehingga mendapat hasil yang memuaskan.
"Zoom In" (kekunci "Z" dan "Alt" pada "tool"
ini untuk "Zoom Out") karya anda kepada saiz yang bersesuaian untuk
mewarna bahagianČ yang kecil dan komplek.
Kebiasaannya ruang kerja diatur seperti gambar dibawah ini unutuk memudahkan
kerja. Iaitu satu "window" ruang kerja dan satu "window"
kecil dimana keseluruhan karya tersebut boleh dilihat (View -> New View).
Inilah hasil prosses ini.
|
[ Laman Utama ]
[ Prosess 1 ] [ Prosess
2 ] [ Prosess 3 ] [ Prosess
4 ] [ Prosess 5 ]
my gallery of Digital Painting and Digital Photography
Digital painting and photography gallery. Catan digital dan fotografi digital.
saripol akarumbi digital arts wacom tablet 300d canon powershot a80
saripol, akarumbi, saripol.akarumbi, catan digital, quickies, painting,
digital painting, digital art, art, art gallery, graphic tablet, graphic,
photography, eos 300D, powershot a80, fotografi digital, malaysian artist,
tutorial mewarna, coloring line art, comic, komik, malaysia, drawing, melukis,
mewarna, mengecat, photoshop, painter, artikel mengecat, painting articles,
tenik mewarna, teknik mengecat, coloring techniques, painting techniques,
teknik mengambil gambar, photography techniques, teknik fotografi