Prosess 4 -- "Shadow",
"light", dan "Highlight"
- Pertama sekali bayang²
akan didefinisikan bayang² pada subjek karya ini. Untuk tujuan ini warna yang
yang mempunyai nilai ("Value") yang lebih gelap dari warna yang
terdapat pada karya tadi dipilih dengan menggunakan "Color Picker".
Secara asasnya variasi nilai warna boleh dipilih secara "diagonal"
pada "Color Palette". Pada pertengahan "palette" ialah
warna² "midtones", Ke bawah adalah warna² gelap untuk bayang dan
ke atas ialah warna² terang untuk "light" dan "Highlight".
- Dengan menggunakan latar
belakang definisi cahaya yang telah di buat (Prosess 2, Langkah 1) sebagai
petunjuk, bayang² akan dimasukkan pada subjek. Bayang² akan terbentuk disebelah
arah yang bertentangan dari sumber cahaya yang terang (Dalam contoh ini--sumber
cahaya pertama) pada bahagian² yang terlindung dari cahaya. Pemahaman tentang
bagaimana reaksi cahaya pada bentuk objek akan membantu dalam prosess ini.
- Seterusnya "Shading"
akan dibuat pada karya ini dengan merendahkan "Opacity" "PaintBrush"
kepada 25%--50% dan "Brush Dynamics" untuk "Opacity" kepada
"Stylus". Kepada pengguna mouse, pilihan "Brush Dynamics --
stylus" tidak akan ada, jadi anda bolehlah menggunakan peratusan "Opacity"
bagi membantu kerja² anda dengan menaikkan peratusan "Opacity" untuk
mendapatkan kesan warna yang lebih terang dan merendahkan peratusan untuk
kesan sebaliknya.
Dalam prosess ini, bahagian² yang gelap (bayang) akan digelapkan dan bahagian²
yang cerah ("light") akan dicerahlan. Juga transisi antara bayang,
"midtones" dan juga "light" dimasukkan pada tempat² yang
bersesuaian. "Highlight" juga akan dimasukkan ditempat² yang paling
terang cahayanya. Prosess ini dilakukan dengan memilih nilai warna yang bersesuaian
dan mewarna pada karya.
Untuk "blending" dengan menggunakan "Eyedropper Tool"
(kekunci "Alt" ketika "Paintbrush" dalam pilihan) warna
berdekatan dari karya dipilih, dengan "Opacity" paintbrush pada
25%, beberapa lapisan warna dikenakan pada tempat yang hendak di "blend"
kan sehingga mendapat "blending" warna yang sesuai.
Tip: Untuk mendapatkan transisi yang lebih licin("Smooth")
anda bolehlah menggunakan berus lembut ("Soft edge brush").
Untuk campuran warna, seperti "blending", warna yang akan di campurkan
dipilih dan dengan "Opacity" "Paintbrush" pada 25%, beberapa
lapisan warna akan dikenakan pada tempat yang hendak di campurkan sehingga
mendapat campuran yang sesuai. Kemudian campuran warna ini dipilih dengan
"eyedropper tool" untuk di warnakan di tempat² yang diperlukan
Tip: Elakkan dari menggunakan warna putih dan warna hitam tulen
pada karya anda. Sebaliknya gunakan warna yang mempunyai nilai tinggi iaitu
warna cerah(yang masih mempunyai warna) untuk highlight, dan warna gelap(juga
yang masih mempunyai warna) untuk shadow.
Gunakan saiz berus dan opacity yang berbeza-beza untuk mendapat tekstur pada
karya.
Cuba pantulkan warna dari sumber cahaya anda pada subjek untuk mendapatkan
kesan cahaya yang menarik dan juga membantu mengurangkan "shading"
leper("Flat") pada subjek anda.
|
[ Laman Utama ]
[ Prosess 1 ]
[ Prosess 2 ]
[ Prosess 3 ]
[ Prosess 4 ]
[ Prosess 5 ]
my gallery of Digital Painting and Digital Photography
Digital painting and photography gallery. Catan digital dan fotografi digital.
saripol akarumbi digital arts wacom tablet 300d canon powershot a80
saripol, akarumbi, saripol.akarumbi, catan digital, quickies, painting,
digital painting, digital art, art, art gallery, graphic tablet, graphic,
photography, eos 300D, powershot a80, fotografi digital, malaysian artist,
tutorial mewarna, coloring line art, comic, komik, malaysia, drawing, melukis,
mewarna, mengecat, photoshop, painter, artikel mengecat, painting articles,
tenik mewarna, teknik mengecat, coloring techniques, painting techniques,
teknik mengambil gambar, photography techniques, teknik fotografi