|
tip #4531 : "Work big"; Mulakan kerja dengan kanvas yang besar ~ 1500px - 3000px (lebar) pada 300 dpi, 3-4 kali lebih besar daripada hasil akhir. Dengan kanvas yang besar kita boleh menggunakan zoom untuk mengecat pada bahagianČ yang sukar dengan lebih mudah. Dengan kanvas yang besar juga akan lebih mudah untuk memasukkan "detail" ke dalam catan kita. Setelah selesai maka boleh lah kita mengecilkan kembali kepada saiz yang dikehendaki. tip #2903 : Gunakan kaedah "Image Mirror"/"Flip Horizontal" untuk memeriksa kesilapan didalam catan. Pandangan dari sudut yang berbeza akan memberikan pandangan yng baru/segar kepada catan kita dan membolehkan kita melihat kesilapan yng biasanya tidak kelihatan. Ulangi langkah ini beberapa kali didalam proses catan. Teknik ini bukanlah satu teknik yang baru, pada zaman sebelum digital, kebanyakan artis menggunakan cermin untuk memeriksa kesilapan didalam hasil kerja mereka. tip
#1318 : Campuran warna ("Color Blending") ; Dua atau lebih warna
boleh di campur untuk mendapatkan satu warna yang mempunyai "sense" dari keduaČ warna asal. Seperti contoh diatas; jika kita ingin menambahkan sedikit pink "feel" kepada catan kita, pilih warna pink yng sesuai dari palet warna dan kenakan beberapa lapisan nipis ("low opacity") warna pink tadi kepada catan sehingga dapat "feel" yang dikehendaki. Jika terlalu tebal, maka kita boleh memilih warna asal dan mengenakan beberapa lapisan nipis ("low opacity") lagi ke atas campuran tadi agar mendapatkan "feel" yang dikehendaki. tip #1705 : kependekan kekunci di dalam photoshop semasa mengecat; Semasa mengecat menggunakan berus, tangan yang sebelah lagi akan sentiasa berada pada papan kunci dan ibu jari berada pada kekunci "alt". Dengan cara ini "Eyeropper" dan "brush" dapat di tukar dengan cepat semasa memberus bagi mendapatkan warna dari catan ("Color sampling"). Kecunci "Spacebar" pula akan mendapatkan "hand tool" dengan ini kanvas boleh digerakkan dengan mudah semasa didalam keadaan "zoom in" sambil memberus. tip
#1321 : Satu praktis yang baik untuk memahami "value" ialah dengan
mengecat
dengan warna skala kelabu ("greyscale") ataupun "monotone".
Ini
adalah kerana dengan menggunakan "greyscale" atau "monotone" kita
telah
mengurangkan lagi satu benda yang perlu dirisaukan iaitu "hue"; maka
bolehlah
tumpukan perhatian pada benda/faktor yang lebih penting seperti "value".
tip
#3351 : Kebiasaan dalam catan digital, mengecat di atas kanvas
putih/hitam tulin adalah satu amalan yang kurang baik. Warna latarbelakang atau warna sekeliling mempunyai efek/pengaruh terhadap "value" dan jugak "hue". Ini akan membuatkan pandangan kita terhadap "value and "hue" menjadi "bias" kepada warna putih/hitam tulin. Satu praktis yng baik ialah dengan mengenakan kanvas dengan warna tona pertengahan ("Middle Tone"). Kecuali latarbelakang produk akhir memang akan berwarna putih/hitam maka tidak mengapalah kalau mula mengecat dengan kanvas putih/hitam. tip #3862 : Sisi ("edges"); untuk mendapatkan sisi yng sesuai/dikehendaki : satu teknik yng biasa digunakan ialah dengan mengecat subjek kedalam latarbelakang dan latarbelakang kedalam subjek sehingga sisi yng dikehendaki diperolehi. Didalam contoh di atas dua jenis sisi diperolehi iaitu sisi keras ("hard edges"), pada bahagian atas; dan sisi lembut ("soft edges") pada bahagian bawah tip # 2253 : Satu latihan yang baik ketika membuat catan digital ialah dengan mengekang diri dari pada menggunakan pemadam ("eraser"); tetapi sebaliknya dengan mengguakan berus dan warna yang betul untuk membetulkan kesilapan. Sebagai contoh, apabila tersilap mengecat subjek sehingga melimpahi latarbelakang, ini boleh diperbetulkan dengan mengecat latarbelakang kedalam subjek dan subjek kedalam latarbelakang sehingga hilang catan yng terlimpah tadi. |